Monday, 24 December 2012

sAyA tAhu SaYa tAk CaNtiK tApi....

Saya tahu saya tidak cantik.. 
Tapi, walaupun saya tidak cantik saya tetap ada KELEBIHAN..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya..

Kerana saya tahu, saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak yang saya impikan..

Thursday, 6 December 2012

Kerana Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah...harini, sudah 7minggu aku menjalani latihan industri di syarikat yang gah berdiri di kota yang pesat membangun~ sungguh..banyak pahit manis yang  aku lalui...ada menangis~ada ketawa~ semua tu pengalaman...Asal saja kita bersabar, pasti Allah tolong~ moga saja Allah terus memimpin kehidupanku..=)

nak cerita sikit la pengalaman kat sini (nama company xpayah tau la~ hehehe).. 
pagi itu, aku dgn harapan baru memandu kereta honda civic kesayangan ayahku untuk ke tempat yang aku kira akan memberi 1001 jalan cerita..=)... aku sgt takut...sangat nervous~ sampai rasa nak muntah... tp Allah  itu maha mengetahui~ Dia tahu apa yang terbuku dihatiku..Dia tahu apa yang bermain difikiranku... hatiku tergerak untuk membuka radio IKIM.fm (motivasi pagi setiap isnin-jumaat 7.30am)... 

rasa nak menitis air mata ni bila mendengar tajuk motivasi pagi tu.."niat lah kerana Allah"
ustaz tu berpesan, 'jika kita keluar rumah untuk mencari ilmu, Allah pasti memudah kan urusan kita...Allah pasti membantu kita...' Allah..sungguh beruntungnya aku~ Allah sedang mendamaikan jiwaku..Allah sedang berbicara dgn ku...siapa lagi mahluk yang beruntung pd pagi itu kalau bukan aku~? =')

bila difikirkan kembali saat2 itu, aku tersenyum~ ya...aku gembira disini~ tempat yang mengajar aku erti kehidupan...erti kesabaran dan yg lebih penting, membuatkn aku lebih dkt dgn Penciptaku~....semoga Allah melindungi insan2 yang banyak membantuku....dunia dan akhirat~ =)