Tuesday, 18 June 2013

"Datangnya kesulitan bersamaan dengan kemudahan." (HR. Tirmidzi)

cukup mendalam ayat diatas buat diriku..
sungguh..aku menitiskan air mata saat terbaca ayat itu...

Allah....
aku diberi kekuatan untuk mengikut suruhanMU walaupun sedikit..
aku meninggalkan cinta yang hampir memusnahkan ku...hanya keranaMU
aku dipertemukan dengan orang2 yang sangat hebat..
aku cuba perbaiki keadaan diriku kerana aku takut berhadapan dgnMU dlm keadaan diri yg kotor..

tetapi ya Allah~
aku terlalu rapuh...
aku terlalu goyah untuk berhadapan dgn keadaan sekelilingku....
syaitan tidak pernah berhenti menggoda imanku...
syaitan tidak pernah berputus asa menyesatkan manusia lemah sepertiku...
dan...aku jatuh lg ya Allah...

Ya Robb....
aku yang salah...
aku terlalu mengikut hawa nafsu ketika itu...
aku terlalu mahu dapatkan apa yang aku pernah lepaskan suatu ketika dulu hingga aku boleh mengetepikan hak orang lain...
jiwa aku kosong ketika itu...
aku tersalah kiraan dgn istilah cinta...
aku merasa dialah yang terbaik untuk membimbingku...
dan mungkin aku lupa...mahu menjadi solehah, dalaman nya haruslah kuat~

aku percaya..
pasti ini ada hikmahya..
pasti Allah sedang mengujiku..
pasti Allah sedang mengajarku sesuatu..
Allah...:'(

kerana itu...
hari ini aku mampu tersenyum...
aku mampu bangkit daripada kesakitan semalam..
aku akan terus mencari cahaya dalam kegelapan..
sejarah semalam akan aku sisipkan kemas dlm lipatan ingatanku..bukan untuk ditangisi tetapi sekadar pengingat diri..

Ya Robb..berilah kekuatan kepadaku agar aku tetap teguh di atas landasan Mu..Ameen..







Monday, 24 December 2012

sAyA tAhu SaYa tAk CaNtiK tApi....

Saya tahu saya tidak cantik.. 
Tapi, walaupun saya tidak cantik saya tetap ada KELEBIHAN..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya..

Kerana saya tahu, saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak yang saya impikan..

Thursday, 6 December 2012

Kerana Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah...harini, sudah 7minggu aku menjalani latihan industri di syarikat yang gah berdiri di kota yang pesat membangun~ sungguh..banyak pahit manis yang  aku lalui...ada menangis~ada ketawa~ semua tu pengalaman...Asal saja kita bersabar, pasti Allah tolong~ moga saja Allah terus memimpin kehidupanku..=)

nak cerita sikit la pengalaman kat sini (nama company xpayah tau la~ hehehe).. 
pagi itu, aku dgn harapan baru memandu kereta honda civic kesayangan ayahku untuk ke tempat yang aku kira akan memberi 1001 jalan cerita..=)... aku sgt takut...sangat nervous~ sampai rasa nak muntah... tp Allah  itu maha mengetahui~ Dia tahu apa yang terbuku dihatiku..Dia tahu apa yang bermain difikiranku... hatiku tergerak untuk membuka radio IKIM.fm (motivasi pagi setiap isnin-jumaat 7.30am)... 

rasa nak menitis air mata ni bila mendengar tajuk motivasi pagi tu.."niat lah kerana Allah"
ustaz tu berpesan, 'jika kita keluar rumah untuk mencari ilmu, Allah pasti memudah kan urusan kita...Allah pasti membantu kita...' Allah..sungguh beruntungnya aku~ Allah sedang mendamaikan jiwaku..Allah sedang berbicara dgn ku...siapa lagi mahluk yang beruntung pd pagi itu kalau bukan aku~? =')

bila difikirkan kembali saat2 itu, aku tersenyum~ ya...aku gembira disini~ tempat yang mengajar aku erti kehidupan...erti kesabaran dan yg lebih penting, membuatkn aku lebih dkt dgn Penciptaku~....semoga Allah melindungi insan2 yang banyak membantuku....dunia dan akhirat~ =)


Thursday, 22 November 2012

::HidUp iNi buKan telEnoVeLa::


Hidup kita ini bukan siri telenovela, bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.
Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga hijab.
Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”
Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka. Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.
Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
.
Kerana Seorang Lelaki
Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?
kerana lelaki, tudung ditanggalkan
kerana lelaki, usrah dijauhi
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri
Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki? Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.
Cuma sebenarnya, kita lemah.
Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.
Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.
Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat.
Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.
Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati. Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.
cp AKU ISLAM

Saturday, 10 November 2012

Menulislah kerana Allah

Kalau kamu bukan anak raja, dan bukan anak ulama besar, maka menulislah (Imam Ghazali) 

apa pandangan anda dgn ayat diatas..? =)
sudah tentu ramai yang gembira bila membaca ayat ini kan?
bukan calang2 org yg ckp tau~
walaupun hakikatnya ramai yg tidak pandai menulis mcm saya~hehehe 
tp xpe...kita usaha...kita mencuba...kita berlatih...lama kelamaan pasti pandai..=D

tahu kan..orang yang bayak membaca selalunya menghasilkan karya2 yang hebat~
penulisannya pun sedap dibaca~
sebagai tambahan yang saya dengar di radio IKIM, 
ORG YG MEMPELAJARI BAHASA ARAB LEBIH PANDAI BERKARYA DAN BERPUITIS~
~bahasa arab,bahasa syurga~
Allahuakbar...
untung kan kalau pandai berbahasa arab...=)
bila mengaji pun paham setiap kalimah yang dituturkan...
barulah orang kata dapat feel~
eh....tapi jgn judge org yang xpandai bahasa arab ni xde feel bila mengaji pulak..skarang kan ade al-Quran dgn terjemahannya~ jadi..xde alasan la nak kate xde feel~hehe

sungguh~ ramai yang mampu menulis~
ada yang suka berkongsi pengalaman~
ada yg suka menceritakan isu semasa~
ada yang hanya suka2~

persoalan yg ingin dicetuskan disini ialah...
bahan apa yang kita tuliskan?
bermanfaatkah buat semua?
bertambahkah ilmu pembaca..?
selarikah dgn syariat yg telah digariskan?
*(pastikan tidak mengaibkan atau mengguris hati org lain)
-tepuk dada, tanya iman-

menulis boleh dijadikan medan dakwah...
boleh dikatakan sebagai lubuk pahala...
sungguh beruntung jika ramai yg menyedari hakikat ini..
TAPI!!!!
ia juga boleh menjadi salah satu sebab mengapa kita dicampak ke neraka...
jadinya..hati2 la...=)

semoga Allah redha dgn penulisan kita..ameen~ =)







Tuesday, 23 October 2012

hanya permulaan ^.^

Allahu Allah~

Alhamdulillah...
tak sangka lahir juga 'anak' ke-2 ku ini..huhu ^_^ (yg pertama hanya experiment)
hajatku kali ini sebenarnya hanya nak mengikuti blog2 mereka yang lain...
setelah lama memerhati..aku sedar, blogging pun salah satu cara menyebarkan risalah islam..=)
betul...hati ini perlu selalu ditarbiyah...aku masih mencari kalau2 ada group usrah yang boleh aku ikuti...
sementara mencari tu, aku habiskan masa dengan membaca blog2 yang aku kira banyak mendidik diri ini...memberi info berguna pada diri ini....
okey lah..to make long story short, teruskanlah berkarya, teruslah berdakwah wahai blogger2~ siapa sangka mungkin dengan coretan pendek mu itu mampu mengerakkan hati insan lain ke arah kebaikan...mampu membawa manusia sejagat mengenal dunia yg luas ini~!ammen ya Robb~ auww~ bestnye!! =)